Tuesday, 25 October 2016

AIRA SPA: 7 fitrah wanita !





Assalamualaikum..
Dah lama sangat sepi blog aira nie. Barangkali berhabuk kan? Ada yang nantikan entri aira spa tak? Semestinya tentang kecantikan.. Tambahan, kecantikan dan wanita tak boleh dipisahkan betul tak ladies ?
:)

OK, untuk entri kali ni, admin nak bercakap tentang tips yang berkesan yang boleh para hawa amalkan dalam menjaga kulit wajah .. orang kata, dari mata turun ke hati.. Mata tu terletak nya di wajah kan ? Kalau dah diwajah tu cantik rupawan, manis qalbu, semestinya suami jatuh hati berkali kali..

Kecantikan kulit harus dijaga kerana ia adalah anugerah dari Allah swt..
Dalam islam pun amat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri. Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat islam.
Tambahan pula seorang isteri, Islam amat menggalakkan seorang isteri untuk berhias di hadapan suaminya.. Mana tak cik abang senyum lebar sampai ke telinga kan ? hee

Jom tanya diri anda,

Sejauh mana anda menekankan bab kecantikan dan mahu kelihatan lebih cantik dan muda?
Adakah kita cukup berhias di hadapan suami kita ?

Oleh demikian, jom ikut admin amalkan tips tips dibawah supaya kita semua kelihatan cantik berseri.. Rugi tau sapa tak ikut !!

1. Jangan tinggalkan solat kerana wudu' itu penting
2. Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sejurus bangun dari tidur malam
3. Mengurut wajah dari bawah dengan selawat
** Zikir dbawah dibaca untuk kita kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman **
- Baca Ya Badiyah 1x
- Baca Ya Nur 1x
- Baca Ya Hadi 1x
- Baca Ya Allah 3x

4. Membaca surah Al Waqiah. Amalkan..
5. Baca surah yusuf selepas solat subuh
6. Berdoa setiap kali melihat cermin
7. Menggunakan produk yang bagus dan halal untuk kecantikan wajah dan kulit.

Di AIRA SPA BEAUTY AND WELLNESS sendiri, kami menyediakan produk halal yang berkualiti tinggi untuk para pelanggan Aira Spa. Disamping suasana tenang diberikan sewaktu ber-spa, kami juga menyediakan terapis wanita yang sangat profesional. Tidak ketinggalan kepada para abang atau suami yang ingin ke spa, kerani di Aira Spa khususnya kami menyediakan terapis lelaki yang patuh syariah. Juga yang sangat berpengalaman dalam dunia spa.

Jom hadirkan diri anda. Pada mak atau ayah yang ingin menghantar anak anda ke kolej pilihan, TAJ INTERNATIONAL adalah contoh terbaik yang ada di Perak khususnya. Sebuah kolej elayu yang 100% kolej bumiputra. InshaAllah!.

Tuesday, 30 August 2016

PROMOSI MERDEKA AIRA SPA.. Pusat Kecantikan & Kesihatan anda.


Hi semua..
Salam Merdeka kepada semua.. Tinggal berapa jam lagi kita akan menyambut detik kemerdekaan yang ke 59.. Alhamdullilah, semoga tanah air kita sentiasa dalam keadaan selamat, harmoni dan sejahtera..


Al Fatihah diucapkan kepada Allahyarham Bapa Kemerdekan kita iaitu  Tunku Abdul Rahman Putra. Beliau lah orang pertama yang mendapatkan kemerdekaan untuk tanah air kita yang bernama Malaysia ini. Syukur alhamdulillah kita tidak lagi dijajah, dijeruk oleh negara asing. Jagalah keamanan negara kita bersama untuk masa depan dan bakal generasi yang akan memimpin negara.


Sementelah sambutan hari kemerdekaan, Aira Spa Wellness & Beauty ingin mengajak anda untuk bermanja, berspa di Aira spa sendiri.. Di Aira Spa, anda akan mendapat diskauan yang julung kali diberikan sempena Merdeka.. Insya Allah, kami berikan servis yang terbaik kepada anda.. Jom tengok apa diskaun yang ada.. Lagi berapa hari gaji nak keluar ni, boleh la jenguk ke Aira Spa dah or book je terus appointment bersama spa therapist kami..



Jom semua bawa mak, kakak, atau pada bakal Raja Sehari yang ingin kan tempat bermanja sebelum tiba nya detik perkahwinan, jom book masa anda bersama kami. Kami janjikan kelainan dan keselesaan yang sempurna buat anda.

 Enjoy this massage that result in lasting feelings of relaxation, lowered stress and improved mood!

THERAPIST : 017-585 9805   THERAPIST 2 : 019-452 0452

Wednesday, 3 August 2016

Aira Spa: GAYA HIDUP SIHAT


Assalamualaikum. Aira spa dah lama senyap. Sorry!! Bukan sengaja atau disengajakan. Lately ni busy majang tak sempat update. And, btw thanks kepada 700 view yg sudi menjengah blog Aira Spa ni.. Appreciated much :)

OK, sebelum mulakan cerita kesihatan & kecantikan kita, jom sedekahkan Al Fatihah untuk saudara mara kita yang telah pergi. Inshaa Allah semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Nya..

Untuk topic harini tak berapa panjang lebar pun, yang penting semua tentang wellness anda. Tu paling important. Ada duit tapi tiada kesihatan tak boleh juga kan?


Mesti nak seimbang betul betul kan..

OK, back to the topic.


7 AMALAN HIDUP SIHAT YANG MUDAH DILAKUKAN..


Amalan hidup yang sihat dapat mengurangkan kita terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua pada hari ini dan boleh menjadi penyakit membunuh utama manusia .

Masih ramai yang tak sedar. Tapi takpe, kita kene berusaha memberi pengajaran kepada mereka semua demi untuk bersama menjalani kehidupan yang sihat. Insha Allah.

Jom kita check list apa yang kita lupa buat untuk diri kita hari-hari..

1. Pemakanan Sihat
Ini adalah rutin pertama untuk kita kalau nak jalani kehidupan yang sihat. Pemakanan yang sihat dapat mengekalkan tubuh badan yang sihat bebas dari segala penyakit pembunuh. Sebolehnya kurangkan pemakanan yang bergula, berkolestrol, berminyak kerana dengan pengambilan berlebihan boleh menyebabkan terjadinya penyakit kolestrol, kencing manis, darah tinggi. BAHAYA. BAHAYA!!!
Kalau kata nak jugak makan makanan tak berkhasiat, boleh gantikan dengan snek berkhasiat dan jgn lupa untuk cukupkan badan dengan air putih sekurangnya 7-8 gelas sehari.

2. Persekitaran yang bersih
Pastikan kita sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Mengutamakan kebersihan dapat mengelakkan wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar dan merisikokan anda mendapat penyakit lain.



3. Menjalani pemeriksaan kesihatan berkala
Bukan ketika sakit je kita perlu melakukan pemeriksaan kesihatan diri. Anda perlu manjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengesan symptom awal penyakit yang boleh meragut nyawa.
Contoh senaman mudah adalah seperti; berlari , bersukan, berjalan dan aerobik.

4. Beriadah
Beriadah atau berpeluh dapat mengeluarkan peluh dari badan. Toksin dalam badan juga urut keluar melalui peluh. Senaman berjadual sangat diperlukan bagi memastikan tubuh anda menjadi cergas dan membantu system peredaran darah berjalan dengan lancer. INGAT!! Saluran darah yang tersekat boleh menyebabkan serangan STROK!!



5. Berhenti Merokok
Seperti yang sedia maklum, tabiat merokok boleh merisikokan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung dan lebih 40 penyakit yang boleh membawa maut. Ini adalah kerana terdapat 4000 JENIS BAHAN KIMIA YANG MERBAHAYA di dalam asap rokok. Jadi, bertindak sekarang , katakan TIDAK pada merokok. Dapatkan nasihat doktor untuk menangani masalah ketagihan dan cara berhenti merokok.

6. Atasi Stress
Nak ikutkan, semua orang mengalami stress atau tekanan. Pelbagai punca yang menyebabkan stress atau tekanan. Antaranya masalah kerja, keluarga, pasangan, kewangan dan sebagainya.Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah . Jadi, atasi masalah ini dengan mengawal tekanan dan kemarahan.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan marah ;-
  • Berfikir secara positif
  • Belajar bertenang
  • Wujudkan hobi
  • Luangkan masa untuk bekerja, beriadah dan keluarga
  • Rehat dan tidur yang cukup
  • Cari teman untuk berkongsi atau meluahkan masalah
7. Pastikan rehat yang cukup
Rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan selain dapat menenangkan tubuh badan dan minda. Selain itu, proses maetabolisme juga dapat berjalan dengan lancar apabila ada rehat yang mencukupi. Hendak seribu daya, taknak sejuta dalih.  7 amalan yang amat mudah untuk diamalkan ini dapat menjamin kesejahteraan hidup disamping dapat mengekalkan kecantikan luar dan dalam seseorang. Insha Allah. Bersama kita mengamalkan tips tips yang telah dikongsikan ini..

Sekian dari Aira Beauty & Wellness Centre.










Thursday, 30 June 2016

Aira Beauty : Manfaat Masker Badan


Hai semua.. Untuk entri kali ni admin nak cakap tentang manfaat masker badan.. Apa khasiat dan kepentingan untuk kita para ladies.. :)

Penggunaan masker badan ada beberapa manfaatnya. Selain melembutkan kulit,fungsi makser badan adalah membuka liang-liang yang tersumbat kerana kotoran dan debu. Masker badan juga dapat mengembalikan kelembapan dan kehalusan kulit. Sebaiknya gunakan masker badan 1-2 kali seminggu, kulit akan kelihatan cerah dan tegang.



Disini admin nak ajar buat masker badan DIY je kat korang semua para ladies.. Nak tahu tak ? Kalau nak jom baca lagi.. hehe

Cara pemakaian masker badan adalah campurkan masker badan dengan air putih/ mawar / madu, sapukan (apply) pada badan sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.


Antara contoh campuran masker lain juga boleh digunakan :

Manfaat masker badan melati :- Menjaga kulit wajah tetap awet muda, menyegarkan dan menenangkan kulit.

Manfaat masker badan kopi    :- Menghaluskan kulit, membuat kulit lebih cerah, menghilangkan cela pada kulit,mempercepatkan pengelupasan sel kulit mati.

Manfaat masker badan susu     :- Membantu memutihkan kulit, menegangkan kulit yang kendur, membuatkan warna kulit lebih berseri, menghilangkan bekas luka  dan mencegah kulit kedutan.

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk ladies semua.. :)




























Tuesday, 28 June 2016

AIRA TIPS : Apa yang anda perlu buat sebelum melakukan FACIAL .. Check it out




Hello ladies. Happy working :)

Harini nak share dengan anda tips yang harus anda ketahui sebelum melakukan facial untuk pertama kali.. Kena tahu basic juga. So disini, Aira Spa sangat berbesar hati nak sharing dgn ladies semua :)

Jom kita check apa antara tips nya :

1. Hindari facial saat berjerawat

+ Yang pertama adalah menghindari facial ketika kulit sedang naik jerawat. Jika anda sedang berjerawat sebaiknya hindari dulu proses facial. Facial yang anda lakukan ketika wajah sedang berjerawat dapat membuat jerawat meradang. Juga ketika itu,keadaan kulit anda sedang sensitive jadi sebaiknya jangan banyak terdedah dengan sentuhan.

2. Lakukan di SPA atau Klinik

+ Pastikan anda melakukan facial di klinik ataupun di pusat kecantikan yang berdaftar. Tidak hanya itu, sebelum melakukan facial, sebaiknya periksa dahulu masalah kulit anda. Ini beryujuan supaya facial yang anda buat sesuai dengan keadaan kulit.

3. Facial dilakukan berulang

+ Setelah facial, anda akan lihat beberapa perubahan pada kulit anda sepertii pencerahan kulit, wajah juga menjadi lebih bersih, cerah dan juga bersinar. Tetapi kesan ini tidak tahan lama. Senang cerita, anda kena selalu manjakan diri anda. Tetapi harus ingat, facial tidak elok juga dilakukan secara berlebihan.. Sebaiknya, lakukan dua kali sebulan.

"  No beauty shines brighter than that of GOOD HEART "




Monday, 27 June 2016

Berhias satu Sunnah


Kenapa kita mesti berhias? Tetapi tidak berlebihan..


Berhias adalah sebahagian dari nikmat Allah yang diberikan kepada hambaNya. Fitrah manusia, dituntut agar selalu memperbaiki dirinya, berpenampilan menarik di hadapan orang lain dengan syarat tidak berlebih , sehingga dia dihargai oleh sekelilingnya. Bila kita yakin dengan penampilan kita, secara automatically confident level kita tinggi.

Antara berhias yang diwajibkan :-

BERHIAS UNTUK SUAMI:
Khusus bgi para wanita yang Allah ciptakan sebagai pasangan kepada bani Adam, fitrah berhias memainkan peranan penting dalam hidup wanita. Bahkan fitrah ini yang menjamin sedikit sebnyak kebahagiaan rumah tangga. Wanita terbaik adalah seorang isteri yang menyenangkan suami nya. Oleh itu para wanita yang disayangi, hargailah diri anda, jaga diri anda ibarat anda menjaga nyawa sendiri.

BERHIAS LAHIR BATIN TENANG & CANTIK :
Batin jelas lebih penting dari zahir (luaran).
Kerana itulah penting nya nikmat dalam berpakaian, kerana dari dalaman taqwa mempengaruhi luaran batin. Supaya kita terus cekal dalam mendalami isi hati kita dengan taqwa, batin mahupun zahir. Semoga kita tidak mengundang murka Nya.








IHSAN DARI : Muslimah.Or.Id






Your Wellnes Centre : Kebaikan rawatan muka



Hello ! Untuk entry kali ni admin nak cerita ttg kebaikan cuci muka. Ramai yang ambil mudah, tapi jangan la ambil terlalu mudah. Sbb cantik ni sangat subjektif sifat nya.

" Kecantikan membuat nafsu orang lain tergoda menikmatinya. Kecantikan sejati akan membuat hati orang lain untuk menjaganya "

Antara lain yang ingin admin kongsikan adalah khasiat coklat. Mandian coklat yang juga ditawarkan oleh Aira Beauty & Wellness Centre.. Discount sempena puasa ini telah bermula. Jom beramai cantikkan diri anda supaya kelihatan curlasss pada hari raya nanti.


Jom ramai2 pakat dating ke Aira Beauty & Wellness Centre. Selain menyediakan massage theraphy khas untuk badan, juga menyediakan pusat khidmat rambut bagi kaum muslimin serta muslimat.. Rugi lah sape yang tak try. Serious talk memang best & terdapat banyak testimonial dari pelanggan yang hadir. Bak kata mereka, sekali dating, berkali nak dating.. Hehe..

As above poster, ada no phone disitu, WhatsApp pun boleh. Our therapist akan melayani anda sebaiknya :) sejujurnya :) & selembutnya ;)

PROMOSI TERHAD !

Jom lekas para pengantin to be, jom berdandan di Aira Beauty sebelum hari bahagia anda menjelang tiba.
" CANTIK ITU SUNNAH "

LadyTTBeauty
TinaTajuddin (Housewife to CEO)